AKU adalah AKU

Aku tidak berniat untuk menyinggung sesiapa, apa yang aku coretkan disini adalah kisah hidupku.... Sesungguhnya inilah yg telah aku lalui dan bakal ditempuhi selagi aku bernyawa.... Sekiranya ada persamaan dengan apa yang kalian lalui mungkin hanya sekadar kebetulan....



Friday, April 30, 2010

Pelajaran "SEX" pertama

Sungguh aku tidak menyangka ketika berusia 9 tahun aku telah belajar perkara tidak sepatutnya bagi kanak-kanak seusiaku. Aku telah belajar mencuri dah merokok, sungguh advance pelajaran yang ku dapat ketika berumur 9 tahun. Satu lagi pelajaran yang tidak ku sangka ketika berumur 9 tahun ialah melakukan hubungan sex, itupun diantara lelaki dan lelaki. Padahal pada tahun 1993 tiada dvd lucah yang senang dibeli seperti sekarang. Tetapi perkara ini hanyalah 1 permainan pada mulanya untuk aku dan kawan-kawan. Aku juga tidak mengetahui tentang hubungan sejenis ini. Aku tidak mahu melakukannya pada mulanya tetapi apabila dipujuk oleh kawan-kawan aku mula terikut untuk melakukannya. Tetapi pada ketika itu hanyalah melakukan sex yang ringan-ringan sahaja. Selepas melakukannya selalu, akhirnya aktiviti itu menjadi aktiviti seharian kami setiap petang. Kami akan memilih tempat-tempat yang berbeza setiap kali ingin melakukan hubungan itu. Pada pemikiran aku ketika itu perbuatan ini tidak salah dan hanyalah perkara biasa kerana aku mempelajari daripada kawan-kawan yang sebaya denganku.... Mungkin ini berkaitan kurang perhatian dan pendidikan dari ibubapa aku sendiri.

Belajar merokok

Aku ingat lagi kali pertama aku belajar merokok, aku berusia 9 tahun ketika itu. Aku belajar merokok pun adalah dengan tidak sengaja. Ini bermula dengan hanya disuruh menghidupkan rokok nenek. Ketika nenek berada di kebun belakang rumah, nenek akan menyuruh aku menghidupkan rokok di rumah dan menghulurkan kepadanya. Pada tahun 1993 penggunaan lighter masih lagi tidak menjadi kebiasaan. Apabila aku menyalakan rokok di rumah bila tiba separuh perjalanan aku ke kebun rokok itu akan mati. Setelah beberapa kali melakukan benda yang sama aku mulai penat lantas memikirkan cara untuk membuat rokok itu terus menyala sehingga sampai ke tangan nenek. Akhirnya aku mula menyedut sedikit rokok itu, dan setiap kali rokok itu akan terpadam aku akan menyedut lagi. Aku bertambah seronok menyedut rokok itu tambahan lagi apabila hari-hari aku melakukannya.... Akhirnya bermula lah episod aku ketagih merokok. Aku mula mengambil 3 batang rokok sehari dan akan menghisap rokok itu di pokok kelapa tumbang di belakang rumah bersama-sama teman sebaya yang juga berumur 9-10 tahun. Ia satu keseronokkan kepada kami, dari 3 batang ke sekotak sehari.

Kenakalan pertama

Bila teringat balik kenakalan pertama yang aku lakukan sewaktu membesar di kampung, membuat aku terfikir sejenak.... Ketika itu aku berumur 9 tahun, aku sudah berani untuk mencuri duit nenek semata-mata untuk belanja kawan-kawan bermain. Pada pertama kali mencuri aku dapat rasakan perasaan takut, tetapi bila sudah terbiasa aku dengan slumber saja mencuri duit nenek. Aku biasanya akan mencuri RM50 untuk dibelanjakan dalam masa 3 hari dan kalau ada bakinya aku akan sembunyikan dicelah pokok pisang untuk mengelakkan dikesan oleh nenek. Bak kata orang-orang tua "sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua" akhirnya pperbuatan aku di kesan oleh nenek. Nenek mengadukan hal ini kepada pak cik yang tinggal bersama dan aku akhirnya di hukum oleh pak cik, aku dipukul dengan teruk pada malam itu. Antara malam yang tidak akan aku lupakan dalam hidupku kerana merupan pengajaran untuk kenakalan yang telah aku lakukan.Walaupun aku rasa tidak bersalah mencuri kerana aku tahu duit yang dicuri itu adalah duit yang diberi oleh mama, aku berjanji tidak akan mencuri lagi.

Membesar di kampung

Aku sungguh gembira membesar di kampung seperti kanak-kanak lain walaupun tanpa kasih-sayang sebenar ibubapaku. Aku melalui zaman persekolahan yang cukup indah sekali kerana membesar di kampung. Keadaan membesar di kampung amat berbeza sekali dengan di bandar, aktiviti yang dilakukan amatlah mencabar termasuklah manadi sungai, keluar masuk hutan dan yang paling istemewa sekali kami tidak perlu risau akan kelaparan. Bila tiba waktu makan kami boleh makan di rumah kawan-kawan yang lain, inilah kelebihan membesar bersama-sama di kampung kerana setiap keluarga saling kenal antara satu sama lain. Nenek aku agak terkenal juga kerana mempunyai beberapa rumah sewa di kawasan kampung itu. Semuanya berjalan seperti yang telah di tetapkan oleh tuhan terhadapku....

Dipelihara nenek

Nenek membesarkan aku dengan penuh kasih sayang walupun aku tidak mendapat kasih sayang dari ayah aku. Mama juga terpaksa meninggalkan aku bersama nenek untuk mencari nafkah untuk membesarkan aku dan adik. Mama berhijrah ke melaka dah hanya pulang berjumpa kami sebulan sekali sahaja.Kadang-kadang rasa rindu seorang anak itu tetap bertamu di kalbu ku, tetapi aku memahami pengorbanan yang terpaksa mama lakukan. Kasih-sayang yang nenek curahkan kepada kami membuat rasa rindu terhadap mama kurang sedikit. Ketika itu aku berumur 7 tahun, begitu kecil untuk memahami perkara yang berlaku. Aku bertuah memiliki nenek yang begitu menyayangi kami, aku memanggil nenek dengan gelaran "mak" kerana nenek yang menjaga aku sejak dari kecil. Aku membesar di kampung dengan sempurna sekali. Sejak berumur 7 tahun aku telah diajar mengaji dan sembahyang, sungguh sempurna pendidikan dunia dan akhirat yang nenek berikan.... Mungkin inilah hikmah disebalik semua yang berlaku.

Thursday, April 29, 2010

Menjadi Rebutan

Setelah beberapa bulan tinggal bersama ibu tiri akirnya aku menjadi rebutan di antara ayah dan mama. Kerana ketika mama dan nenek datang melawat ku di rumah ibu tiri, mama dan nenek nampak segala-gala yang ibu tiri aku lakukan kepada kami berdua.
Mama terus membawa aku lari sebelum ayah pulang dari kerja. Bermula perebutan terhadap 2 orang kanak-kanak yang tidak berdosa. Aku akhirnya diberikan kepada mama setelah mama membuat perjanjian untuk tidak meminta sedikit pun nafkah dari ayah. Aku dihantar ke kampung nenek untuk dijaga oleh nenek. Tetapi di dalam masa yang sama ayah selalu pulang ke kampung untuk memujuk aku tinggal semula bersamanya. Setiap kali ayah datang aku akan bersembunyi di bawaah katil bersama adikku....

Ibu tiri

Aku tidak pernah tahu akan istilah ibu tiri tetapi setelah aku rasakan hidup bersama ibu tiri barulah aku fahami ibu tiri. Aku sangkakan ibu tiri akan memberikan kasih sayang yang sama seperti mama kandungku, tapi semuanya tidak seindah yang aku harapkan. Ketika ayah pergi menunaikan tanggungjawab untuk menyara keluarga aku terpaksa tinggal di rumah bersama mak tiri ku. Hampir setiap hari aku dan adikku hanya diberikan makan nasi putih berlaukkan telur goreng dan berkuahkan kicap. Sedangkan anaknya diberikan lauk yang sedap tambahan lagi aku dan adikku tidak dibenarkan makan semeja apabila ayahku tiada. Sebagi kanak-kanak aku tidak pernah mengadu kepada ayah. Aku sering dipukul oleh mak tiriku dan apabila ayah pulang dari kerja, ayah pula akan memukulku.... Sungguhnya aku betul-betul tidak memahami apakah yang telah berlaku. Rupanya inilah kasih sayang seorang insan yang bergelar ibu tiri.

Keluarga baru

Aku kini tinggal bersama ayah dan isteri barunya. perempuan yang merosakkan rumah tangga ibubapaku dan tanpa rela aku terpaksa menggelarnya mak. Hadir bersama mak tiri aku adalah adik tiri yang sebaya adik kandungku.... Oh hidupku bakal berubah selama-lamanya bersama keluarga baru. Tanpa dapat merasai kasih-sayang mama yang melahirkan aku. Adakah ini keluarga yang akan memberikan aku kebahagian. Sebagai kanak-kanak yang masih tidak mengerti apa-apa aku terpaksa menerimanya dengan rela. Aku redha pada takdir yang telah diaturkan untuk aku terus hidup di muka ini sebagai anak....

Keluarga porak-peranda

Tanpa ku sangka seawal umurku 6 tahun pergolakkan rumahtangga ibubapaku bermula sehingga aku tidak dapat menghabiskan zaman persekolahan tadika ku. Sungguh aku kecewa ketika itu walaupun aku tidak memahami apa yang berlaku. Di usiaku 6 tahun aku sudah terbiasa dengan suasana mahkamah syariah yg jarang dapat dirasai oleh kanak-kanak lain yang seusia denganku.... Apakah begitu malang nasibku. Akhirnya penceraian tetap berlaku bagi kedua ibubapaku yang sebelum ini bahagia dari pandangan kanak-kanak ku. Adakah ini takdir yang telah ditetapkan untuk aku yang bergelar anak. Keputusan telah ditetapkan yang aku diserahkan di bawah jagaan ayah kerana ayah sudah berkahwin lain....

Keluarga bahagia

Balaiyan kasih-sayang yang dicurahkan kepada aku dapat dirasai di seluruh jiwa.Aku dapat merasainya walaupun aku hanya kanak-kanak biasa. Seprti kanak-kanak yang sebaya denganku bermain, mengusik adikku sehingga dia menangis adalah perkara biasa bagi insan yang bergelar kanak-kanak.Setiap kali ada sambutan perayaan, keluargaku pasti akkan membawa kami bersiar-siar dan menikmati keseronokkan.Apa sahaja yang diminta oleh aku akan ditunaikan oleh keluargaku....Inilah keluarga ku yang bahagia.

Aku adalah abang....

Setelah 2 tahun aku mula mengenali dunia ini, kini aku begelar seorang abang. Pada ketika itu aku masih tidak mengerti dari mana datang nya adikku kerana aku terlalu kecil untuk memahami.... Di saat aku melihat perut mama yang semakin membesar aku mula cuba untuk memahami yang adikku berada di dalam perut mama dan disaat kelahiran adikku aku begitu gembira. Kini aku tidak keseorangan lagi aku bergelar seorang abang kepada adik lelakiku....

Aku adalah cucu....

Aku adalah cucu pertama kepada nenekku dan cucu yang entah keberapa bagi datukku, aku pun sendiri tidak pernah mengira. Nenekku begitu gembira melihat kelahiran ku saat yang dinantikan telah tiba cucu yang dilahirkan oleh anak yang dilahirkannya juga. Kini aku mulai mengerti proses kehidupan manusia. Nenek aku membesarkan aku sejak aku dilahirkan, dan dengan tangannya juga lah yang telah membesarkan aku sehingga aku memanggilnya dengan panggilan 'MAK'. Sungguh tidak aku mengerti ketika itu, mengapa aku dibesarkan oleh nenekku....

Aku adalah anak....

Aku adalah anak yang dilahirkan olehh sepasang suami isteri 25 tahun dahulu. Aku adalah cahaya mata yang dinantikan oleh keluarga ini sebagai insan yang bergelar anak. Sungguh bahagia pasangan ini menyambut kelahiran pertama mereka....itulah yg aku dengar dari cerita keluargaku.Aku ditatang bagai minyak yang penuh, dicurahkan kasih sayang itulah yang dapat aku rasakan. Kebahagiaan mula terpancar walaupun aku tidak mengerti ketika itu kerana usia ku yang masih setahun jagung.