AKU adalah AKU

Aku tidak berniat untuk menyinggung sesiapa, apa yang aku coretkan disini adalah kisah hidupku.... Sesungguhnya inilah yg telah aku lalui dan bakal ditempuhi selagi aku bernyawa.... Sekiranya ada persamaan dengan apa yang kalian lalui mungkin hanya sekadar kebetulan....



Friday, April 30, 2010

Belajar merokok

Aku ingat lagi kali pertama aku belajar merokok, aku berusia 9 tahun ketika itu. Aku belajar merokok pun adalah dengan tidak sengaja. Ini bermula dengan hanya disuruh menghidupkan rokok nenek. Ketika nenek berada di kebun belakang rumah, nenek akan menyuruh aku menghidupkan rokok di rumah dan menghulurkan kepadanya. Pada tahun 1993 penggunaan lighter masih lagi tidak menjadi kebiasaan. Apabila aku menyalakan rokok di rumah bila tiba separuh perjalanan aku ke kebun rokok itu akan mati. Setelah beberapa kali melakukan benda yang sama aku mulai penat lantas memikirkan cara untuk membuat rokok itu terus menyala sehingga sampai ke tangan nenek. Akhirnya aku mula menyedut sedikit rokok itu, dan setiap kali rokok itu akan terpadam aku akan menyedut lagi. Aku bertambah seronok menyedut rokok itu tambahan lagi apabila hari-hari aku melakukannya.... Akhirnya bermula lah episod aku ketagih merokok. Aku mula mengambil 3 batang rokok sehari dan akan menghisap rokok itu di pokok kelapa tumbang di belakang rumah bersama-sama teman sebaya yang juga berumur 9-10 tahun. Ia satu keseronokkan kepada kami, dari 3 batang ke sekotak sehari.

0 comments: