Ketika berumur 11 tahun nenek sudah mula jatuh sakit, ketika itulah mama mula memelihara aku dan adik. Mama membawa aku berhijrah ke Melaka Bandaraya Bersejarah, walaupun aku terpaksa meninggalkan kampung halaman terutamanya nenek yang tersayang aku terpaksa terima kerana nenek sudah tidak lagi mampu untuk memelihara aku dan adik. Aku terpaksa meninggalkan kawan-kawan sepermainan yang mengajar aku erti keseronokan sebagai kanak-kanak, sungguh sedih sekali hatiku. Hari pertama aku mendaftar masuk di sekolah baru aku dapat rasakan perasaan yang janggal sekali kerana aku tidak mengenal sesiapa. Aku juga cuba melupakan apa yang aku pernah lakukan bersama sahabatku sebelum ini. Tidak sampai seminggu aku bersekolah aku mula menyesuaikan diri bersama teman2 baru. Oleh kerana aku bijak di dalam pelajaran ketika itu, aku turut disenangi oleh guru. Aku tinggal bersama mama di sebuah rumah teres yang mempunyai 3 bilik tidur. Kini aku mempunyai bilikku sendiri dan aku sungguh gembira sekali.... Aku mula serasi dengan keadaan di Melaka kerana aku tinggal di kawasan bandar.
Friday, May 28, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment