AKU adalah AKU

Aku tidak berniat untuk menyinggung sesiapa, apa yang aku coretkan disini adalah kisah hidupku.... Sesungguhnya inilah yg telah aku lalui dan bakal ditempuhi selagi aku bernyawa.... Sekiranya ada persamaan dengan apa yang kalian lalui mungkin hanya sekadar kebetulan....



Friday, May 28, 2010

Tinggal sendirian

Ketika berada di pertengahan darjah 6 mama telah mendapat satu tawaran perniagaan yang baik di Kuala Lumpur. Peluang yang tak mungkin dilepaskan oleh mama kerana ini dapat menjamin masa depan kami sekeluarga. Kami cuba hendak berpindah ke Kuala Lumpur tetapi atas nasihat yang diberikan oleh guru kerana aku bakal menghadapi UPSR dalam masa 6 bulan lagi mama tidak jadi berpindah. Dalam masa yang sama mama juga tidak ingin kehilangan peluang jadi satu keputusan telah diambil. Cuma mama sahaja yang akan berhijrah ke Kuala Lumpur, tinggal lah aku bersendirian bersama adik di kondo mewah itu. Keputusan ini diambil untuk kebaikan bersama dan aku menerimanya. Minggu pertama belajar hidup sendirian aku merasakan seperti orang dewasa kerana di dalam masa yang sama aku terpaksa menjaga adikku yang berumur 10 tahun. Setiap 2 minggu sekali aku dan adikku akan ke Kuala lumpur untuk menghabiskan hujung minggu bersama mama. Perkara ini tidak di ketahui langsung oleh guruku. Ketika inilah aku semakin rapat dengan abang yang mengajarku berenang. Apabila ada masa terluang abang akan bersantai di rumahku, kadang-kadang abang juga akan tidur di rumah untuk menemankan aku. Abang mula mengorak langkah untuk bermesra denganku....

0 comments: