Semakin nakal apabila aku berusia 10 tahun.... Sudah pandai untuk ponteng sekolah. Aku semakin malas ke sekolah agama di waktu petang, alasan ku kepenatan. Pada mulanya sekadar suka-suka tapi lama-kelamaan semakin seronok sehingga aku tidak hadir ke sekolah agama hampir 2 bulan ketika disedari oleh nenekku. Kantoi besar ketika itu, apa lagi makan penangan kayu api la. Aku menangis kesakitan ketika dipukul, tapi aku tau itulah balasan yg aku terima kerana ponteng sekolah. Berulang kali soalan yang ditanyakan di mana tempat persembunyian aku ketika ponteng sekolah tetapi tidak pernah sekali pun aku menjawap kerana aku takut rahsiaku yg lebih besar diketahui oleh mereka. Inilah kata pepatah "sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah". Ketika ponteng sekolah aku selalu melepak bersama kawan-kawanku melakukan aktiviti-aktiviti tidak bermoral termasuklah melakukan adengan sex yang ringan-ringan sesama jenis.
Friday, May 28, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment